Saturday 8 October 2011

Apakah tujuan kaunseling?


5 Tujuan Kaunseling:

1. Memberi Maklumat
2. Menggalakkan Celik Akal
3. Memberi Sokongan
4. Penyelesaian Konflik
5. Membuat Keputusan
=====================================================================

       Memberi maklumat adalah bertujuan untuk mengurangkan masalah klien berkaitan dengan kekurangan maklumat dan bertujuan bagi mendapatkan kefahaman yang jelas berhubung dengan masalah yang dihadapi daripada kaunselor. Yang kedua, menggalakkan celik akal. Ini bertujuan bagi membantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri mereka dan mengetahui dirinya merupakan kunci penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Unit Bimbingan Kaunseling juga bertujuan bagi mengawal emosi klien dengan memberi sokongan serta dorongan yang tidak berbelah bahagi bagi menyelesaikan bebanan masalah.

       Tujuan seterusnya adalah bagi menyelesaikan konflik seperti permusuhan antara dua individu dan membantu mereka mencari jalan mencapai jalan penyelesaian yang menguntungkan. Selain itu, kaunseling juga bertujuan bagi seseorang individu membuat keputusan dengan membantu klien membuat keputusan kerana menghadapi masalah untuk membuat keputusan sendiri dan boleh mengemukakan cadangan sebelum muktamadkan sesuatu keputusan.

Laman Rasmi Unit Bimbingan Kaunseling SMK Sultan Yussuf

Laman Rasmi Facebook UBKSMKSY kini sudahpun ditubuhkan bagi memudahkan sebarang pertanyaan atau perkhidmatan kaunseling secara online antara murid-murid dan guru.


http://www.facebook.com/pages/Unit-Bimbingan-Kaunseling-SMK-Sultan-Yussuf/275455189142102

Apakah itu kaunseling?

Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling.